Social Icons

Thursday, November 21, 2013

PENTING : SILA KEMASKINI MAKLUMAT E OPERASI ANDA

Maklumat penting pengemaskinkian E-Operasi  Guru Besar dan Guru nolong Kanan serta para guru.....SK TOK MOTONG..

1. Kemaskini data guru hendaklah dilaksanakan mengikut prosidur biasa. Guru mengemas data mereka,  GPK menyemak dan Guru Besar membuat pengesahan.

2. Sekolah boleh memuat turun, mencetak dan mempamirkan sijil Perjawatan 2013 melalui E-Operasi

3. Pihak sekolah (Guru Besar) mesti mengemaskini kedudukan kelas sekarang, jumlah murid dan subjek elektif untuk penentuan Perjawatan 2014

Sekian, terima kasih,, harap dapat kerjasama semua guru.

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...



"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185

...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 

Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 

Thursday, November 14, 2013

UPSR 2013 SKTMg : SEKITAR PENGUMUMAN UPSR SK TOK MOTONG









UPSR 2013 : CALON YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG 5 A`s

ALIF IMRAN

AHMAD AFHAM

Aina Syafiqa

Azwin Syahirah

Tahniah buat adik adik yang cemerlang. Kepada murid-murid yang lain perjalanan kita sebagai pelajar masih jauh. Teruskan usaha jangan putus asa dan pastikan kita terus cemerlang di masa hadapan dari semua aspek jasmani emosi rohani intelek dan spirutual. Menyahut cabaran di alaf ke 21 berjaya di dunia dan di Akhirat
~~~~~~SALAM PERJUANGAN DARIPADA GURU GURU SKTMg~~~~

UPSR 2013 : TAHNIAH SK TOK MOTONG





UPSR : Terengganu kekal terbaik UPSR

14 November 2013

Terengganu kekal terbaik UPSR

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu terus unggul dalam pendidikan negara apabila merekodkan keputusan terbaik dan mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan serentak, hari ini.

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), 2.20 mengatasi pencapaian Gred Purata Nasional, 2.27.

Terengganu turut mengatasi pencapaian peringkat nasional bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang melibatkan lima subjek, iaitu bahasa Melayu (BM) Pemahaman Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa Inggeris (BI) (SK), Sains, BM Pemahaman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan BI SJKC.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin, berkata dari segi GPN, pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini meningkat 0.01 mata GPN kepada 2.20 berbanding tahun lalu.

“GPN ini juga mengatasi pencapaian peringkat nasional yang mencatat 2.27. Sementara pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A pula meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini.

“Peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran juga meningkat 0.2 peratus kepada 69.1 peratus berbanding tahun lalu,” katanya di Pejabat JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Encik Zakaria berkata, negeri ini juga menunjukkan peningkatan dalam peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum sebanyak 0.07 peratus kepada 3.58 peratus pada tahun ini.

Katanya, sebanyak 21 sekolah menunjukkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok Model Khas, Setiu (1.14) merekod keputusan terbaik di seluruh Terengganu.

Sekolah lain termasuk SK Kuala Berang (1.17), SK Teris (1.20), SK Dusun, Hulu Terengganu (1.26), SK Paya Bunga (1.36), SK Binjai Kertas (1.37), SK Seri Berang (1.37), SK Kemat (1.40), SK Lubok Teras, Setiu (1.43), SK Tapu (1.46) dan SK Kuala Kubang, Besut (1.47).

”Alhamdulillah prestasi UPSR kali ini terus meningkat. Walaupun peningkatannya kecil, kita tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pencapaian prestasi keseluruhan UPSR 2013 di seluruh Terengganu amat cemerlang.

“Insya-Allah kecemerlangan ini akan diteruskan dan dipertingkatkan pada tahun-tahun hadapan. Saya mewakili warga pendidikan negeri mengucapkan setinggi-tinggi pengharagan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri atas bantuan kewangan dan sokongan moral menjayakan aktiviti serta program pendidikan selama ini,” katanya

Monday, November 11, 2013

PERHATIAN UNTUK TINDAKAN


PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU,

SILA BAWA LAPTOP MASING UNTUK PENGISIAN SPS/ICTL PADA HARI SELASA (12/11/2013)

Monday, November 4, 2013

SOALAN LAZIM TENTANG KSSR

1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?
    Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2.            Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.            Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
Jawapan :

KSSR

 KBSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri

Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum:
• Modular

Reka bentuk kurikulum:
• Linear

Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif

Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan


Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

  
4.            Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
  
5.            Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6.            Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Jawapan :

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.

7.            Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
Jawapan :

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.

8.            Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.

9.            Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
Jawapan :

Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

10.          Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
  
11.          Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
Jawapan :

Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12.          Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.

13.          Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

14.          Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15           Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

16           Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.

17.          Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.

18.          Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid

19.          Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
 
20           Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.

21           Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk

22           Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23           Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.

24           Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan  ekstra kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?
PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015 dan Tahun 6 mulai 2016.
 
PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada  Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

http://infopbs.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-aktiviti-jasmani-sukan-dan.html

Saturday, November 2, 2013

PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN

PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN - KSN

Bernama
28/10/2013


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bergambar dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Ghani (kanan) dan para peserta pada majlis perasmian mesyuarat dan forum serantau Commonwealth Association for Public Administration dan Management (CAPAM) di sini hari ini.


KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
 
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
 
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
 
Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.
 
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.
 
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia.
 

Gaji Baru Sektor Awam 2013 2014

Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Dinaiktaraf | Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.

Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf tersebut:
  • Pembantu Kawalan Trafik Udara
  • Pemandu Lokomotif Sabah
  • Pereka
  • Pegawai Kebudayaan
  • Ahli Fotografi
  • Jurusolek
  • Pegawai Galian
  • Pegawai Kimia Bumi
  • Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  • Penolong Pegawai Galian
  • Penolong Pegawai Kimia Bumi
  • Pembantu Galian
  • Pembantu Kaji Bumi
  • Pegawai Makmal Filem
  • Penolong Pegawai Makmal Filem
  • Pembantu Makmal Filem
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  • Pensyarah Perubatan
  • Pensyarah Pergigian
  • Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  • Pegawai Latihan Vokasional
  • Pengajar Kraf
  • Pembantu Pertanian
  • Pembantu Veterinar
  • Renjer Hutan
  • Pengajar Membalak
  • Pengawas Hutan
  • Pembantu Hidupan Liar
  • Pembantu Hidupan Liar Rendah
  • Tukang K1
  • Tukang K2
  • Tukang K3
  • Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  • Operator Loji
  • Pekerja Awam Khas
  • Pekerja Awam
  • Penyelamat
  • Pelukis Pelan
  • Juruteknik Landskap
  • Juruteknik
  • Juruteknik Ukur
  • Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  • Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  • Penguasa Bekalan Air
  • MerinyuTali Air
  • Pegawai Perhubungan Preman
  • Penyelia Jeti
  • Penghantar Notis
  • Pembantu Kamera/Pemandu
  • Pemandu Kenderaan
  • Pembantu Am Pejabat
  • Pengurus Stesen
  • Penyelia Jurupakaian
  • Peniup Kaca
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Pengawas Pemulihan
  • Pegawai Penerbitan
  • Penolong Pegawai Penerbitan
  • Pembantu Penerbitan
  • Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
  • Penolong Operator Kamera
  • Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  • Pembantu Penyelidik Sosial
  • Pengurus Asrama
  • Penolong Pengurus Asrama
  • Penyelia Asrama
  • Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  • Pembantu Tadbir Tanah
  • Pegawai Pemeriksa Paten
  • Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  • Pembantu Pemuliharaan
  • Jurulatih Kawad
  • Pembantu Wartawan/Wartawan
  • Atendan Kesihatan
  • Penolong Pegawai Penaksir
  • Pegawai Aktuari
  • Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  • Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Adakah skim perkhidmatan anda tersenarai dalam 81 Skim yang dinaiktaraf ini? kalau ya, tahniah saya ucapkan kepada anda. Gaji akan naik, pangkat akan naik, itu yang baiknya.


Sumber Asal: http://blogofelih.blogspot.com/2013/10/senarai-81-skim-perkhidmatan-awam-naiktaraf.html#ixzz2jT6Ag6Wu
Under Creative Commons License: Attribution

Skim Baru Perkhidmatan Awam 2013 2014

Senarai 81 Skim yang terlibat dalam penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam | Bajet 2014



Antara senarai yang terlibat
SENARAI 81 SKIM YANG TERLIBAT DALAM PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM NOVEMBER 2013
  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Tukang K3
  35. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  36. Operator Loji
  37. Pekerja Awam Khas
  38. Pekerja Awam
  39. Penyelamat
  40. Pelukis Pelan
  41. Juruteknik Landskap
  42. Juruteknik
  43. Juruteknik Ukur
  44. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  45. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  46. Penguasa Bekalan Air
  47. MerinyuTali Air
  48. Pegawai Perhubungan Preman
  49. Penyelia Jeti
  50. Penghantar Notis
  51. Pembantu Kamera/Pemandu
  52. Pemandu Kenderaan
  53. Pembantu Am Pejabat
  54. Pengurus Stesen
  55. Penyelia Jurupakaian
  56. Peniup Kaca
  57. Pegawai Khidmat Pelanggan
  58. Pengawas Pemulihan
  59. Pegawai Penerbitan
  60. Penolong Pegawai Penerbitan
  61. Pembantu Penerbitan
  62. Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
  63. Penolong Operator Kamera
  64. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  65. Pembantu Penyelidik Sosial
  66. Pengurus Asrama
  67. Penolong Pengurus Asrama
  68. Penyelia Asrama
  69. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  70. Pembantu Tadbir Tanah
  71. Pegawai Pemeriksa Paten
  72. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  73. Pembantu Pemuliharaan
  74. Jurulatih Kawad
  75. Pembantu Wartawan/Wartawan
  76. Atendan Kesihatan
  77. Penolong Pegawai Penaksir
  78. Pegawai Aktuari
  79. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  80. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  81. ….
yang ke 81 tak tau apa... Pembantu Perpustakaan Kut.. Aminnn...

baca bleh.. Percaya... kena tunggu pekeliling kuar yek....
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com