Social Icons

Saturday, November 2, 2013

PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN

PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN - KSN

Bernama
28/10/2013


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bergambar dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Ghani (kanan) dan para peserta pada majlis perasmian mesyuarat dan forum serantau Commonwealth Association for Public Administration dan Management (CAPAM) di sini hari ini.


KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
 
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
 
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
 
Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.
 
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.
 
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia.
 
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com