Social Icons

Friday, December 24, 2010

CARTA ORGANISASI SK TOK MOTONG 2011

SENARAI DURU DAN KAKITANGAN 2011

Senarai Guru dan Kakitangan SKTMg 2011


1 HAJJAH RANGIDAH BINTI JAMALUDIN              GB                      
2 RAMELAH BINTI YUSOFF                                PK KURIKULUM    
3 MOHD ZAID BIN HUSSAIN                              PK HEM                

4 HAJI MOHD MOKRI BIN HASAN                       PK KO-KURIKULUM

5 ‘AIDAH BINTI ABDULLAH

6 AFZOL NIZAM BIN AHYAT

7 AHMAD MUIN BIN ABDUL RASHID
8 BAHARUDIN BIN ISMAIL
9 CHE FAUZIAH BINTI CHE AWANG

10 FARIDAH BINTI BAGINDA ZUBIR
11 FAUZIAH BINTI HUSSIN
12 FAZILAWATI BINTI MOHD
13 HAJI MUHAMAD ROSDI BIN HASHIM
14 HAJJAH HASRIZAN BINTI HAJI HASSAN

15 HAJJAH NORAINI BINTI CHE ALI

16 HAJJAH RUSZIAN BINTI AYUB
17 HAJJAH ZAINUN BINTI AHMAD

18 HISHAMMUDIN BIN ABDUL RAHMAN
19 LATIPAH BINTI ISMAIL

20 MARDZIAH BINTI IDRIS

21 MOHD NOOR BIN ISMAIL

22 MOHD YUSOF BIN ABDULLAH

23 NORIZA BINTI ABDULLAH

24 ROSLI BIN MUZAFFAR SYAH

25 ROZI LAWATI BINTI DAUD

26 RUSMANI BINTI YAZID
27 SHARIFAH ROSMAWATI BT SAYED JAAFFAR
28 WAN AHMAYAZAM BINTI WAN MUSTAFFA

29 ZAINUDDIN BIN MAT RANI

30 ZUKIAH BINTI MAT NOR

31 HAJJAH ZALEHA BINTI HASSAN
32 ALI NORDIN BIN JAAFAR

33 ANNADINI BINTI OSMAN

34 NOR ARMIERA BINTI MUHAMMAD
35 AWANG BIN ABAS



PENDAFTARAN MURID 2011

Selamat kembali ke sekolah..

Buat ibubapa murid SK Tok Motong
jangan lupahadir ke sesi pendaftaran
anak-anak anda denganmembawa
bersama salinan surat beranak serta
bayaran tambahan. Harap maklum

Tuesday, December 21, 2010

JADUAL GURU BERTUGAS 2011

 JADUAL TUGAS MINGGUAN GURU

MINGGU
TARIKH
GURU BERTUGAS
PENGAWAS
1
02-06/1/11
 En. Afzol  / Pn.’Aidah
Kum. 1
2
09-13/1/11
 Pn. Mardziah  / En.Mohd Noor
Kum. 2
3
16-20/1/11
 En. Baharudin / Pn. Zukiah
Kum. 3
4
23-27/1/11
 Pn. C. Fauziah / En. Md. Rosli
Kum. 4
5
30/1-2/2/11
 Pn.Fazilawati / En.Ahmad Muin
Kum. 5
6
6-10/2/11
 En. Hishamudin  / Pn Noriza
Kum. 6
7
13-18/2/11
  Pn. Hjh. Zanun / Pn. Fauziah
Kum. 1
8
20-24/2/11
 Pn. Latifah / Pn.Hjh Noraini
Kum. 2
9
27/2-3/3/11
 Hj. Md. Rosdi / Pn. W Ahma
Kum. 3
10
6-10/3/11
 En. Md. Yusof / Pn. Rusmani
Kum 4

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 11-19/3/11

11
20-24/3/11
Pn. Hjh.Ruszian/ Pn. Sharifah
Kum. 5
12
27-31/3/11
 Pn. Noriza / En Hishamuddin
Kum. 6
13
3-7/4/11
 En. Baharuddin / Pn.Hjh Zainun
Kum. 1
14
10-14/4/11
 Pn. Rozilawati / Hj. Md. Rosdi
Kum. 2
15
17-21/4/11
 Pn. Rusmani / En. Md. Yusof
Kum. 3
16
24-28/4/11
 Pn. Zukiah  /En.Ahmad Muin
Kum 4
17
2-5/5/11
 Pn. ‘Aidah / En.Mohd Noor
Kum 5
18
8-12/5/11
 Pn. W.Ahma  / Pn. Hjh.Noraini
Kum 6
19
15-19/5/11
 En. Zainuddin / Pn. Mardziah
Kum. 1
20
23-26/5/11
 Pn. Hjh. Zainun / Pn. Fauziah
Kum. 2

CUTI   PERTENGAHAN TAHUN  27/5-11/6/11

21
12-16/6/11
 En. Zainuddin/ Pn Rusmani
Kum. 4
22
19-23/6/11
 En. Md. Rosli / Pn.Hjh Ruszian
Kum 5
22
26-30/6/11
 En. Ahmad Muin / Pn.Fauziah
Kum 6
23
3-7/7/11
 Pn. Mardziah / Pn. Hjh. Noraini
Kum. 1
24
10-14/7/11
 En. Baharuddin /Pn. Hjh. Zainun
Kum. 2
25
17-21/7/11
 Pn. C. Fauziah / Pn.’Aidah
Kum. 3
26
24-28/7/11
 Pn. Fazilawati / En. Md. Noor
Kum. 4
27
31/7-4/8/11
 Pn. Hjh Hasrizan / Pn. Zukiah
Kum. 5
29
4-11/8/11
 En. Hishamudin /En.Md. Yusof
Kum. 6
30
14-18/8/11
 Pn. W Ahmayazam / En. Afzol
Kum. 1

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE II 26/8-3/9/11

31
4-8/9/11
 En. Md. Yusof/ Pn Latifah
Kum. 4
32
11-15/9/11
 Pn.Hjh. Noraini / Pn.Mardziah
Kum. 5
33
18-22/9/11
 Pn. Noriza / En.Hishamudin
Kum. 6
34
25-29/9/11
 Pn.Fauziah /  Pn.Che Fauziah
Kum. 1
35
2-6/10/11
 Pn. Rozilawati / En. Zainudin
Kum. 2
36
9-13/10/11
 Pn. Rusmani / Pn. Zukiah
Kum. 3
37
16-20/10/11
 Pn. Sharifah /Pn. Fazilawati
Kum. 4
38
23-27/10/11
Hj Md Rosdi / Pn.Hjh Hasrizan
Kum. 5
39
30/10-3-11/11
 En. Ahmad Muin / En.Baharuddin
Kum. 6
40
6-10/11/10
En.Zainudddin/ Pn.Hjh Zainun
Kum 1
41
13-17/11/10
En.Mohd Noor / En.Afzol Nizam
Kum 2

CUTI AKHIR TAHUN  18/11-31/12/11

Monday, December 20, 2010

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan                                         
                                  Mula       Akhir        Hari
Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan   11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan    7.05.2011 11.06.2011 16
                                          I
Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan   26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13
                                          II
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

PENDAFTARAN PELAJAR 2011


 PENDAFTARAN PELAJAR 2011 DIBUKA
Cuti persekolahan sesi 2010 akan berakhir tidak lama lagi. Sudahkah murid-murid bersedia dengan musim persekolahan 2011 yang akan menjelang tiba..
Pihak sekolah amat berharap agar semua murid sudah bersedia dengan baju sekolah baru, peralatan belajar dan lain-lain. 
Sesi persekolahan akan bermula seawal 02 Dis 2011. Jadi jangan lupa murid-murid cuti dah habis, jom ke sekolah dengan penuh semangat. Untuk makluman semua satu sesi pendaftaran pelajar akan diadakan pada 30 Dis 2010 hari Khamis dari pukul 8.30 hingga 11.30 pagi. Harap maklum...


Sunday, December 19, 2010

RENUNGAN

Membentuk Kesabaran Diri

  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
  14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

PERANCANGAN SEKOLAH 2011

Perancangan Sekolah 2011

Sekarang adalah masa terbaik untuk mengatur perancangan untuk 2011 dengan mengambil kira bidang peningkatan dalam SIP-SKRA. Apa yang penting dititikberatkan ialah mengenai petunjuk prestasi (kpi) yang diguna untuk mengukur bidang-bidang pengurusan yang telah ditetapkan. Kpi yang hendak digunakan mesti bersifat boleh dikira atau diukur dan berjaya dibuktikan untuk dilaksana. Kebanyakan kpi telah sedia ada digunakan dalam pengurusan sekolah. Cuma kekeliruan berlaku bila ia disamakan sebagai sasaran (target) atau pencapaian (achievement). Sasaran dan pencapaian adalah berbeza sama sekali dengan kpi. Misalnya dalam pengurusan akademik kpi adalah peratus lulus semua A, peratus lulus min C atau GPS dan GPMP. Sementara dalam LINUS (juga dibawah bidang akademik), kpi adalah peratus literasi dan peratus numerasi. Ada beberapa kpi lagi yang boleh digunakan dalam bidang akademik, tetapi lebih mudah kita menyediakan objektif program terlebih dahulu dan menentukan kpi. Ingatlah setiap objektif mesti ada sekurang-kurangnya satu kpi. Jumpa lagi.

Wednesday, December 15, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2010 telah diadakan pada hari Isnin 15 Nov 2010 dengan jayanya.















 Gambar sekitar hari anugerah 2010

5A 2010
MURID CEMERLANG LELAKI












4A 1B
5A KEMBAR















TAHNIAH
TAHNIAH

Tuesday, December 14, 2010

RENUNGAN

Renungan...
Cerita Seorang guru

Keputusan peperiksaan UPSR sudah diumumkan. Namun isu berkaitan keputusan peperiksaan itu masih berlegar di sekitar kita. Bukan niat mahu memanjangkan hikayat, namun ada sesuatu yang harus kita kongsikan bersama berkaitan dengan isu tersebut.
Dalam kesempatan berbual bersama seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala lumpur, saya sempat bertanyakan tentang keputusan peperiksaan UPSR di sekolahnya. Dengan nada agak kecewa, beliau memaklumkan bahawa keputusan UPSR di sekolahnya kali ini merosot dengan teruk. Hanya 10 orang pelajarnya mendapat 5A berbanding 28 orang pada tahun lalu.

“Keputusan yang sudah dijangka. Padan muka,” ujarnya.


Saya tertarik dengan ungkapannya itu.

Katanya lagi, disiplin calon peperiksaan UPSR di sekolahnya kali ini agak teruk. Lebih merumitkan keadaan, guru-guru berhadapan dengan kesukaran mendapatkan kerjasama yang sepatutnya daripada ibu bapa.

“Bayangkan, ada ibu yang menulis surat kepada cikgu bagi memaklumkan bahawa anaknya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah gara-gara sibuk menyambut hari ulang tahun kelahiran bapanya. Ibu itu meminta agar anaknya tidak didenda!” keluhnya kesal.

“Padahal, ibu bapa seharusnya bertegas dengan anak-anak. Tidak menyiapkan tugasan sekolah adalah satu kesalahan yang harus dihukum,” ujarnya lagi.
Guru itu terus bercerita. Sewaktu keputusan peperiksaan dikeluarkan, ramai juga ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan peratusan kelulusan 5A pelajar sekolah tersebut yang didapati merosot. Ada dalam kalangan ibu bapa yang mahu membuat rayuan bagi menyemak semula kertas peperiksaan anak mereka yang hanya mendapat 4A1B. Menurut mereka, anak mereka itu seharusnya mendapat 5A.
Tiba-tiba guru itu tersenyum. Dia menyambung lagi ceritanya, “Ada seorang bapa datang mengucapkan terima kasih kepada saya. Anaknya mendapat 4A1B. Walaupun anaknya kecewa kerana tidak mendapat 5A, namun si bapa menerima keputusan itu dengan sikap yang positif. Kata si bapa, biarlah 4A1B itu menjadi pengajaran kepada si anak. Biarkan si anak itu belajar menerima kesilapan diri dan berusaha membaikinya. Si bapa menyifatkan anaknya sebagai sangat bertuah kerana mengalami kekecewaan di peringkat UPSR, bukan di peringkat SPM.”
“Bukan semua ibu bapa boleh menerima kegagalan anak-anak mencapai keputusan 5A dalam UPSR. Ada juga yang menyalahkan guru,” keluhnya lagi.

Kasihan. Kasihan kepada ibu bapa yang tidak dapat menerima kegagalan anak mereka mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. 4A1B dikira sebagai gagal? Keterlaluan!

Memang ibu bapa berhak membuat rayuan bagi menyemak semula kertas peperiksaan anak mereka. Namun jikalau kita fikirkan semula, itu bukanlah cara yang betul dalam mendidik anak-anak mencapai kejayaan. Mungkin lebih baik jikalau anak itu diajar agar mereka muhasabah diri. Fikirkan dan kaji semula kesilapan diri. Belajar daripada kesilapan.


(Melainkan si anak mendapat 5E dalam UPSR, sedangkan dalam setiap ujian di sekolah dia mendapat 5A, maka semakan semula kertas peperiksaan wajar dilakukan – sekadar pendapat peribadi).

Pendidikan awal anak-anak bermula di rumah, bermula daripada sikap ibu bapa. Jikalau sejak kecil anak-anak diajar agar tidak menerima kesilapan diri dan suka menuding jari mencari kesilapan orang lain, maka itulah keperibadian yang akan menjadi darah daging anak itu apabila mereka dewasa kelak.

Maka, kita seharusnya mengasihani anak-anak kita. Latihlah mereka belajar daripada kesilapan. Latihlah mereka agar menilai semula setiap perbuatan dan tindakan. Latihlah mereka agar akur kepada kenyataan. Latihlah mereka agar tidak menuding jari menyalahkan orang lain setiap kali mereka berhadapan dengan kegagalan.

Insya-Allah, anak-anak itu akan menjadi generasi yang lebih bijak, matang, berkebolehan dan berperikemanusiaan…
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com