Social Icons

Saturday, November 2, 2013

Unisza Kampus Tembila Kampus Besut

new life @ new campus - kampus unisza tembila, Besut

Assalamualaikum.

7 september 2013.

kitorang pindah ke new campus di besut. Secara mengejut. Tak sempat
nak peluk puas2 kampus gong badak tuh hahaha.
Tak ramai pun yang pindah, ada lah lebih kurang 500 orang je. Fakulti informatik
dan fakulti kitorang ( Fakulti pertanian bioteknologi dan sc makanan ) atau lebih
popular disebut sbg FPBSM. Ohh ya, aku belum cerita lagi kat blog ni yang fakulti teknologi
makanan telah digabungkan dengan fakulti bioteknologi menjadi lah FPBSM . So no more fakulti teknologi makanan di unisza ni dahh hokayyy !
Tapi kitorang je paling senior dalam fakulti ni sebab hanya junior2 first year yang pindah sini. Senior2 third dan fourth year belum pindah sini lagi, mungkin sem depan. Doakanlah lab cepat siap okayhh :)

Jujurnya mula2 sampai sini rasa nak nangis.haha. Dahlah duduk pendalaman, wifi pun takde. apa pun takde ! Nak keluar susah sangat. Rasa macam 
dah terputus hubungan dari negara luar haha. Tapi alhamdulillah. pihak pengurusan
agak cepat lah jugak bertindak. Dalam masa seminggu kafe, kiosk, kedai fotostat, washing machine, perkhidmatan bas ke bandar, alatan sukan, etc semua dah disediakan. cuma wifi je entah bila nak ada =,= 

Kawasan asrama dan fakulti sangat jauh. kitorang kena naik bas kalau nak pergi kelas. Actually benda ni biasa je untuk
student U lain. aku selalu je dengar member kat U lain yang kena berebut naik bas pastu ucap syukur sebab kat unisza pergi kelas jalan kaki je :) Tapi bila dah pindah kampus yang lebih besar kitorang dapat rasa plak perasaan diorang,kena berebut naik bas. Tapi takdelah berebut pun,sbb bukan ramai pun student kat kampus ni.i mean buat sementara waktu ni.
lepasni taktaulah kan, sebab student pindah sini secara berperingkat.

tunggu bas. setiap kali tunggu bas snap satu gamba :P

kawasan asrama. besar gilaaaa *muka teruja*

fakulti informatik. Fakulti kitorang tak siap lagi, so buat sementara waktu
 kelas menumpang di fakulti ni

Kalau nak ceritakan kesusahan kat sini of course banyaaakk hehe. 
Tapi bak kata Dr kamarul ain,kita pioneer.
biasanya yang pioneer lebih berjaya sebab kita sentiasa berfikir untuk selesaikan masalah yang kita hadapi.Bukannya sentiasa hidup senang lenang. betul jugak tu, what to expect bila berada di tempat yang baru macamni? pembangunan yang besar macamni ofcourse memerlukan masa yang lama. 10 tahun akan datang belum tentu dah siap sepenuhnya.
so kena banyak bersabar :)

bilik asrama still sama macam kat gong badak dulu, cuma sini berkonsep hostel la, bukan macam apartmen kat kampus lama. satu bilik 2 org. seronok betul merasmikan katil, almari, meja study baru. aku nak buat cop kekal menandakan aku lah org pertama yang guna bilik ni haha.aku takde roommate. best gila tau takde roommate,
aku bebas buat apa pun tanpa perlu consider roommate.contohnya ampaian aku yg conquer sorg.meja study ni dah selamat jadi pantry.katil kosong pun jadi tempat aku lempar barangan.nasib baik aku tak guna dua2 almari haha.kalau nak melepak pun kat sini lah, takpayah consider org lain.

Kalau nak beli barang2, ada di pekan kuala besut ataupun nak lagi besar di Jerteh.
Kat Jerteh semua ada la. supermarket,guardian,kfc,pizza hut,secret recipe,stesen bas pun kat situ. Lebih kurang setengah jam dari Unisza.
Haritu aku survey tiket. Melaka-Jerteh rm57. Mak oii. Mahal gila. Dulu Melaka-Kuala Terengganu rm43 je. InshaaAllah aku nak try naik train dari Kelantan plak lepasni kehkehkeh. Rugi betul rasanya kalau tak jejak ke Pulau perhentian atau ke Kelantan. Dahh dekat wehh dengan jeti kuala besut ntok ke Pulau perhentian. No matter what happen aku mesti nak pergi sebelum tamat pengajian. hahahaha.

 Pekan Jerteh.


itu saja cerita mengenai pengalaman di kampus baru besut. Walau perit ( lah sangatt !) 
, ia satu pengalaman yang manis.
Nanti dah tua nanti mesti teringat ingat hahaha lol.
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com