Saya ingin mengucapkan selamat Tahun  Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.  Semoga Tahun  Naga ini akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada  tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Marilah kita meneruskan tradisi terbaik  warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Bukalah  pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah  tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan  penghubung antara hati-hati kita.
Sempena hari bahagia ini juga marilah  kita memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan  perpaduan nasional yang telah kita bina selama ini secara bertatih  berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan  kepelbagaian. Sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah  lebih besar daripada perbezaan yang wujud. Semua kita mendambakan masa  depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita oleh itu marilah  kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan  untuk semua.
 
 

 
.jpg) 
 
 





 
 
 
 
 
 




