Tabir kehidupan Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dan fajar kehidupan Tahun 2011 mula menyinsing wajahnya.Dicelah peralihan itu kaum guru pasti menyalakan obor azam baru setidak-tidaknya mendasari untuk menjadi pendidikan yang lebih baik,lebih cemerlang dan lebih bermakna kerana guru yang cemerlang itu kerjabuat dan hasilnya mesti;
Pastinya sekali menjadi guru,kita mahu kekal menjadi guru yang terbaik,yang dihormati dan disegani.
"Jadilah orang yang mencurahkan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang suka mendengar ilmu, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa." (Saidina Ali r.a)
Secara umum berdasarkan pendapat-pendapat Gowan (1957), Ruth (1964), Stern (1963) dan Ryan (1960), bahawa guru yang bermakna ,yang hebat,yang cemerlang mesti memiliki kriteria-kriteria berikut:
- Mempunyai sikap bersedia bertolak ansur dan melakukan pengubahsuaian.
- Baik sangka
- Kepuasan hati dalam pengajaran (Enthusiasism, suka berdampingan dengan murid)
- Mempunyai kualiti personality yang stabil dan disukai oleh murid dan guru
- Peramah, mesra, lemah lembut, mewujudkan keselamatan dan keyakinan.
- Tidak menyalahkan orang lain dan bertanggung jawab (accountability)
- Berkebolehan mengarah, membimbing, mentadbir dan menyatukan kumpulan.
- Bersedia dan sentiasa berusaha mencuba idea-idea baru, kreatif dan inovatif.
- Berkemahiran dalam menyoal.
- Berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.
- Menggunakan ABM yang sesuai.
- Melakukan refleksi kendiri (menjalankan penilaian dan penyelidikan tindakan).
- Mampu memperkayakan aktiviti pengajaran.
"Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20)