Social Icons

Tuesday, December 14, 2010

PENGUMUMAN DARIPADA UNITRENDAH JPNT

IKLAN NAIK PANGKAT

Urusan Naik Pangkat PPLD 2010
Pengesahan Pelantikan Guru Cemerlang , Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang .KLIK

Urusan Pemangkuan dari DGA29 ke DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 Tahun 2011Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan hal di atas. Untuk makluman BPSM tidak akan mengeluarkan iklan bagi kedua pemangkuan tersebut bagi tahun ini tetapi menggunakan senarai permohonan Tahun 2009 yang belum ditawarkan lagi pemangkuan pada Tahun 2010 untuk ditawarkan pemangkuan pada Tahun 2011 kepada calon-calon yang berkelayakan. Harap maklum.


URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. 1 Salinan Borang SRTATS (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN

PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

DOKUMEN URUSAN
KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA/SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan - JPNT/SPS-REN/09
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)


KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR
1. Perlu pengesahan kelahiran
2. Anak Wargenegara
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia
4. Mengisi borang daftar lewat
5. Membuat permohonan daftar lewat di Jabatan Pendaftaran Negara
6. Membuat permohonan di JPN


URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah

(kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah
dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita
khas murid yang tidak boleh dipindahkan)

URUSAN KEMASUKAN & PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA
Semua permohonan Murid Bukan Warganegara diproses dan diluluskan Oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang berkaitan. Jika terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JPN, permohonan murid bukan warganegara tersebut hendaklah dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com