001
|
PGB
|
||
002
|
PKTD
|
||
003
|
PKHM
|
||
004
|
PKKO
|
||
005
|
GJQ
|
||
006
|
GJQ
|
||
007
|
GPM
|
||
008
|
GJQ
|
||
009
|
GMA
|
||
010
|
GDM
|
||
011
|
GAB
|
||
012
|
GAB
|
||
013
|
GPRA
|
||
014
|
GAB
|
||
015
|
GAB
|
||
016
|
GAB
|
||
017
|
GAB
|
||
018
|
GAB
|
||
019
|
GAB
|
||
020
|
GAB
|
||
021
|
GAB
|
||
022
|
GPA
|
||
023
|
GPA
|
||
024
|
GAB
|
||
025
|
GAB
|
||
026
|
GAB
|
||
027
|
GAB
|
||
028
|
GAB
|
Wednesday, November 6, 2013
SPS : KOD GURU SKTMg
Monday, November 4, 2013
SOALAN LAZIM TENTANG KSSR
1. Mengapakah
KSSR diperkenalkan?
Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa
serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2. Apakah
maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan
standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau
petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.
3. Apakah
perbezaan KSSR dengan KBSR?
Jawapan :
KSSR
KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2
& 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
4. Adakah
terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
5. Mengapakah
Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan
mata pelajaran di tahap satu. Modul
Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi
(DST). Dalam tema Dunia Kesenian,
terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi
elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT).
6. Mengapakah
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras
Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan
pembangunan rohani. Manakala Sains pula
diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang
disiplin ilmu Sains.
7. Mengapakah
peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan
berbanding di SK?
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan
Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih
daripada 1380 minit seminggu.
8. Bolehkah
sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9. Adakah
KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
Jawapan :
Ya. Konsep KSSR
mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan
dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui
kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10. Siapakah
yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11. Perlukah
murid Tahun 1 belajar TMK?
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK
supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12. Bolehkah
Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia
perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13. Bilakah
elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya
ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam
elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK
dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu
lain.
14. Berapakah
bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran
TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam
seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun
semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh
masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15 Adakah
murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh
guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif
dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama,
muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16 Apakah
tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti
menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang
ditetapkan.
17. Adakah
buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak
disediakan buku teks. Walau
bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18. Adakah
semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh
menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat,
Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan
boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer
dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja
yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam
kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di
dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan
komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19. Bagaimanakah
EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam
satu masa?
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer,
Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam
p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus
memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh
diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal
komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang
tempahan.
20 Bagaimanakah
sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran
yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui
program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK
memerlukan capaian Internet. Sekiranya
pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi
pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui
pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa
capaian alternatif boleh digunakan.
21 Apakah
usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua
guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan
dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22 Adakah
KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid
melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas
kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku
panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23 Apakah
saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk
memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru
digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan
khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24 Dalam
tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu
mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan.
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
http://infopbs.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-aktiviti-jasmani-sukan-dan.html
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.
Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?
PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015 dan Tahun 6 mulai 2016.
PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.
Saturday, November 2, 2013
PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN
PEKELILING BAGI 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN - KSN
Bernama
28/10/2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bergambar dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Ghani (kanan) dan para peserta pada majlis perasmian mesyuarat dan forum serantau Commonwealth Association for Public Administration dan Management (CAPAM) di sini hari ini.
KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia.
28/10/2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bergambar dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Ghani (kanan) dan para peserta pada majlis perasmian mesyuarat dan forum serantau Commonwealth Association for Public Administration dan Management (CAPAM) di sini hari ini.
KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.
Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia.
Gaji Baru Sektor Awam 2013 2014
Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Dinaiktaraf | Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.
Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf tersebut:
- Pembantu Kawalan Trafik Udara
- Pemandu Lokomotif Sabah
- Pereka
- Pegawai Kebudayaan
- Ahli Fotografi
- Jurusolek
- Pegawai Galian
- Pegawai Kimia Bumi
- Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
- Penolong Pegawai Galian
- Penolong Pegawai Kimia Bumi
- Pembantu Galian
- Pembantu Kaji Bumi
- Pegawai Makmal Filem
- Penolong Pegawai Makmal Filem
- Pembantu Makmal Filem
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
- Pensyarah Perubatan
- Pensyarah Pergigian
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
- Pegawai Latihan Vokasional
- Pengajar Kraf
- Pembantu Pertanian
- Pembantu Veterinar
- Renjer Hutan
- Pengajar Membalak
- Pengawas Hutan
- Pembantu Hidupan Liar
- Pembantu Hidupan Liar Rendah
- Tukang K1
- Tukang K2
- Tukang K3
- Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
- Operator Loji
- Pekerja Awam Khas
- Pekerja Awam
- Penyelamat
- Pelukis Pelan
- Juruteknik Landskap
- Juruteknik
- Juruteknik Ukur
- Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
- Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
- Penguasa Bekalan Air
- MerinyuTali Air
- Pegawai Perhubungan Preman
- Penyelia Jeti
- Penghantar Notis
- Pembantu Kamera/Pemandu
- Pemandu Kenderaan
- Pembantu Am Pejabat
- Pengurus Stesen
- Penyelia Jurupakaian
- Peniup Kaca
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pengawas Pemulihan
- Pegawai Penerbitan
- Penolong Pegawai Penerbitan
- Pembantu Penerbitan
- Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
- Penolong Operator Kamera
- Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
- Pembantu Penyelidik Sosial
- Pengurus Asrama
- Penolong Pengurus Asrama
- Penyelia Asrama
- Penolong Pegawai Tadbir Tanah
- Pembantu Tadbir Tanah
- Pegawai Pemeriksa Paten
- Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
- Pembantu Pemuliharaan
- Jurulatih Kawad
- Pembantu Wartawan/Wartawan
- Atendan Kesihatan
- Penolong Pegawai Penaksir
- Pegawai Aktuari
- Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
- Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Sumber Asal: http://blogofelih.blogspot.com/2013/10/senarai-81-skim-perkhidmatan-awam-naiktaraf.html#ixzz2jT6Ag6Wu
Under Creative Commons License: Attribution
Skim Baru Perkhidmatan Awam 2013 2014
Senarai 81 Skim yang terlibat dalam penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam | Bajet 2014
corat coret putri_roh at 1:20 PM
Antara senarai yang terlibat
SENARAI 81 SKIM YANG TERLIBAT DALAM PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM NOVEMBER 2013
- Pembantu Kawalan Trafik Udara
- Pemandu Lokomotif Sabah
- Pereka
- Pegawai Kebudayaan
- Ahli Fotografi
- Jurusolek
- Pegawai Galian
- Pegawai Kimia Bumi
- Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
- Penolong Pegawai Galian
- Penolong Pegawai Kimia Bumi
- Pembantu Galian
- Pembantu Kaji Bumi
- Pegawai Makmal Filem
- Penolong Pegawai Makmal Filem
- Pembantu Makmal Filem
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
- Pensyarah Perubatan
- Pensyarah Pergigian
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
- Pegawai Latihan Vokasional
- Pengajar Kraf
- Pembantu Pertanian
- Pembantu Veterinar
- Renjer Hutan
- Pengajar Membalak
- Pengawas Hutan
- Pembantu Hidupan Liar
- Pembantu Hidupan Liar Rendah
- Tukang K1
- Tukang K2
- Tukang K3
- Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
- Operator Loji
- Pekerja Awam Khas
- Pekerja Awam
- Penyelamat
- Pelukis Pelan
- Juruteknik Landskap
- Juruteknik
- Juruteknik Ukur
- Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
- Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
- Penguasa Bekalan Air
- MerinyuTali Air
- Pegawai Perhubungan Preman
- Penyelia Jeti
- Penghantar Notis
- Pembantu Kamera/Pemandu
- Pemandu Kenderaan
- Pembantu Am Pejabat
- Pengurus Stesen
- Penyelia Jurupakaian
- Peniup Kaca
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pengawas Pemulihan
- Pegawai Penerbitan
- Penolong Pegawai Penerbitan
- Pembantu Penerbitan
- Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
- Penolong Operator Kamera
- Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
- Pembantu Penyelidik Sosial
- Pengurus Asrama
- Penolong Pengurus Asrama
- Penyelia Asrama
- Penolong Pegawai Tadbir Tanah
- Pembantu Tadbir Tanah
- Pegawai Pemeriksa Paten
- Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
- Pembantu Pemuliharaan
- Jurulatih Kawad
- Pembantu Wartawan/Wartawan
- Atendan Kesihatan
- Penolong Pegawai Penaksir
- Pegawai Aktuari
- Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
- Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
- ….
baca bleh.. Percaya... kena tunggu pekeliling kuar yek....
Unisza Kampus Tembila
BESUT - Taman Ilmu, pusat kecemerlangan bertaraf antarabangsa di Tembila di sini, hari ini menerima 603 pelajar sulung terdiri pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kampus Tembila yang mula beroperasi di kawasan itu.
Pengarah Unisza Kampus Tembila, Prof Dr Che Abdullah Abu Bakar berkata, kampus itu menerima kemasukan pelajar peringkat ijazah untuk dua fakulti - Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan serta Fakulti Informatik dan Komputeran.
Katanya, kampus baru itu dilengkapi dengan bilik kuliah tiga tingkat, tiga blok asrama yang boleh menampung 920 pelajar, surau, bangunan pentadbiran dan kaferia.
"Pelajar yang mendaftar terdiri daripada pelajar semester 1 serta pelajar semester 2 dan 3 yang dipindahkan dari Kampus Unisza di Kuala Terengganu secara berperingkat mulai hari ini," katanya kepada pemberita semasa memantau pendaftaran pelajar di kampus berkenaan di sini hari ini.
Pembinaan Taman Ilmu Besut diilham bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah Barisan Nasional berjaya merampas kembali pentadbiran negeri daripada Pas.
Taman Ilmu melibatkan kawasan seluas 280 hektar yang mampu menampung enam buah institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). - Bernama
Pengarah Unisza Kampus Tembila, Prof Dr Che Abdullah Abu Bakar berkata, kampus itu menerima kemasukan pelajar peringkat ijazah untuk dua fakulti - Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan serta Fakulti Informatik dan Komputeran.
Katanya, kampus baru itu dilengkapi dengan bilik kuliah tiga tingkat, tiga blok asrama yang boleh menampung 920 pelajar, surau, bangunan pentadbiran dan kaferia.
"Pelajar yang mendaftar terdiri daripada pelajar semester 1 serta pelajar semester 2 dan 3 yang dipindahkan dari Kampus Unisza di Kuala Terengganu secara berperingkat mulai hari ini," katanya kepada pemberita semasa memantau pendaftaran pelajar di kampus berkenaan di sini hari ini.
Pembinaan Taman Ilmu Besut diilham bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah Barisan Nasional berjaya merampas kembali pentadbiran negeri daripada Pas.
Taman Ilmu melibatkan kawasan seluas 280 hektar yang mampu menampung enam buah institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). - Bernama
Unisza Kampus Tembila Kampus Besut
new life @ new campus - kampus unisza tembila, Besut
Assalamualaikum.
7 september 2013.
kitorang pindah ke new campus di besut. Secara mengejut. Tak sempat
nak peluk puas2 kampus gong badak tuh hahaha.
Tak ramai pun yang pindah, ada lah lebih kurang 500 orang je. Fakulti informatik
dan fakulti kitorang ( Fakulti pertanian bioteknologi dan sc makanan ) atau lebih
popular disebut sbg FPBSM. Ohh ya, aku belum cerita lagi kat blog ni yang fakulti teknologi
makanan telah digabungkan dengan fakulti bioteknologi menjadi lah FPBSM . So no more fakulti teknologi makanan di unisza ni dahh hokayyy !
Tapi kitorang je paling senior dalam fakulti ni sebab hanya junior2 first year yang pindah sini. Senior2 third dan fourth year belum pindah sini lagi, mungkin sem depan. Doakanlah lab cepat siap okayhh :)
Jujurnya mula2 sampai sini rasa nak nangis.haha. Dahlah duduk pendalaman, wifi pun takde. apa pun takde ! Nak keluar susah sangat. Rasa macam
dah terputus hubungan dari negara luar haha. Tapi alhamdulillah. pihak pengurusan
agak cepat lah jugak bertindak. Dalam masa seminggu kafe, kiosk, kedai fotostat, washing machine, perkhidmatan bas ke bandar, alatan sukan, etc semua dah disediakan. cuma wifi je entah bila nak ada =,=
Kawasan asrama dan fakulti sangat jauh. kitorang kena naik bas kalau nak pergi kelas. Actually benda ni biasa je untuk
student U lain. aku selalu je dengar member kat U lain yang kena berebut naik bas pastu ucap syukur sebab kat unisza pergi kelas jalan kaki je :) Tapi bila dah pindah kampus yang lebih besar kitorang dapat rasa plak perasaan diorang,kena berebut naik bas. Tapi takdelah berebut pun,sbb bukan ramai pun student kat kampus ni.i mean buat sementara waktu ni.
lepasni taktaulah kan, sebab student pindah sini secara berperingkat.
tunggu bas. setiap kali tunggu bas snap satu gamba :P
kawasan asrama. besar gilaaaa *muka teruja*
fakulti informatik. Fakulti kitorang tak siap lagi, so buat sementara waktu
kelas menumpang di fakulti ni
Kalau nak ceritakan kesusahan kat sini of course banyaaakk hehe.
Tapi bak kata Dr kamarul ain,kita pioneer.
biasanya yang pioneer lebih berjaya sebab kita sentiasa berfikir untuk selesaikan masalah yang kita hadapi.Bukannya sentiasa hidup senang lenang. betul jugak tu, what to expect bila berada di tempat yang baru macamni? pembangunan yang besar macamni ofcourse memerlukan masa yang lama. 10 tahun akan datang belum tentu dah siap sepenuhnya.
so kena banyak bersabar :)
bilik asrama still sama macam kat gong badak dulu, cuma sini berkonsep hostel la, bukan macam apartmen kat kampus lama. satu bilik 2 org. seronok betul merasmikan katil, almari, meja study baru. aku nak buat cop kekal menandakan aku lah org pertama yang guna bilik ni haha.aku takde roommate. best gila tau takde roommate,
aku bebas buat apa pun tanpa perlu consider roommate.contohnya ampaian aku yg conquer sorg.meja study ni dah selamat jadi pantry.katil kosong pun jadi tempat aku lempar barangan.nasib baik aku tak guna dua2 almari haha.kalau nak melepak pun kat sini lah, takpayah consider org lain.
Kalau nak beli barang2, ada di pekan kuala besut ataupun nak lagi besar di Jerteh.
Kat Jerteh semua ada la. supermarket,guardian,kfc,pizza hut,secret recipe,stesen bas pun kat situ. Lebih kurang setengah jam dari Unisza.
Haritu aku survey tiket. Melaka-Jerteh rm57. Mak oii. Mahal gila. Dulu Melaka-Kuala Terengganu rm43 je. InshaaAllah aku nak try naik train dari Kelantan plak lepasni kehkehkeh. Rugi betul rasanya kalau tak jejak ke Pulau perhentian atau ke Kelantan. Dahh dekat wehh dengan jeti kuala besut ntok ke Pulau perhentian. No matter what happen aku mesti nak pergi sebelum tamat pengajian. hahahaha.
Pekan Jerteh.
itu saja cerita mengenai pengalaman di kampus baru besut. Walau perit ( lah sangatt !)
, ia satu pengalaman yang manis.
Nanti dah tua nanti mesti teringat ingat hahaha lol.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PAUTAN PENDIDIKAN
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,
website: http://sktmtg.blogspot.com



















