Social Icons

Wednesday, November 21, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 : SK TOK MOTONG KE 6 TERBAIK TERENGGANU


1. Dimaklumkan bahawa keputusan UPSR 2012 telah diumumkan dengan rasminya pada 19 Nov 2012. Besut sekali lagi telah berjaya mengekalkan keputusan terbaik peratus 5A untuk tahun ke 6 berturut-turut. Walau pun seluruh daerah menunjukkan penurunan peratus 5A , tetapi Besut telah berjaya untuk terus berada di tempat teratas. Besut juga berjaya berada di kedudukan ke 2 terbaik negeri dari segi peratus LSMP ( 72.63%) dan Gred Purata Daerah ( 2.14 )

2. Selain itu , 9 daripada 20 sekolah terbaik Peringkat Negeri dari segi peratus 5A adalah dari Besut :

SK Kampung Raja                  -  ke 2 terbaik negeri peratus 5A                  ( 44.85%)
SK Tok Motong                      -  ke 6 terbaik negeri  peratus 5A                 ( 36.95%)
SK Pengkalan Nyireh             -  ke 8 terbaik negeri  peratus 5A                 ( 33.93%)
SK Tok Dor                             -  ke 14  terbaik negeri  peratus 5A              ( 27.78%)
SK Amer                                 -  ke 15  terbaik negeri  peratus 5A              ( 27.63%)
SK Padang Luas                     -  ke 16  terbaik negeri  peratus 5A              ( 27.37%)
SK Kuala Besu                       -  ke 17  terbaik negeri  peratus 5A              ( 26.97%)
SK Panchor                            -  ke 18  terbaik negeri  peratus 5A              ( 26.92%)
SK Tengku Mahmud              -  ke 19  terbaik negeri  peratus 5A               ( 26.90%)

3.Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada semua Guru Besar dan guru-guru daerah Besut atas kejayaan ini dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepada kejayaan ini. Saya juga berharap kita akan terus berusaha mencipta kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

4.Kerjasama tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

”Guru Penyayang Murid Berkualiti”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



( AB. HALIM BIN HAJI HASSAN )
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b/p.  Pegawai Pelajaran Daerah Besut,
Terengganu.



{Terima kasih kembali kepada Tuan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah  dan semua guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan impian serta seggenggam harapan yang telah menjadi kenyataan. Segala titik peluh dan keringat guru-guru dan murid-murid SK Tok Motong buat sekian lama kalinya akhirnya berbaloi.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan, kejayaan dan rahmat yang diberikan.}

Sekian, terima kasih
-GB DAN STAFF SK TOK MOTONG-

Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA CALON-CALON (UPSR) YANG TELAH MENDAPAT 5A 
 SK TOK MOTONG MENCATAT SEJARAH KEGEMILANGAN IAITU SERAMAI 17 MENDAPAT 5A
SEMOGA PERMATA-PERMATA INI TERUS GEMILANG DI PERSADA PENDIDIKAN.


SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com